Pengaruh Porselin biru putih

Pengaruh pada seni tembikar Islam

Gambar kiri: Ming pinggan dengan desain anggur, abad ke-15, Jingdezhen kiln, Jiangxi. British Museum.
Gambar kanan: Stone-paste dish with grape design, Iznik, Turkey, 1550-70. British Museum.

Barang-barang biru putih China menjadi sangat masyhur di Timur Tengah dari abad ke-14, di mana kedua-dua jenis Cina dan Islam hidup berdampingan.[2]

Pinggan biru-putih Dinasti Ming , abad ke-16 ( Topkapi Museum, Istanbul )

Sejak abad ke-13, reka hiasan Cina, seperti burung jenjang, naga dan bunga teratai juga mulai muncul dalam pengeluaran seramik di Timur Dekat, terutama di Syria dan Mesir.[3]

Porselin China dari abad ke-14 atau 15 dihantar ke Timur Tengah dan Timur Dekat, terutamanya ke Empayar Uthmaniyyah baik dalam bentuk hadiah atau mahupun harta rampasan perang. Reka hias China sangat berpengaruh di kalangan tukang tembikar di Iznik, Turki. Reka hias "anggur" zaman Ming terutamanya sangat masyhur dan luas dihasilkan semula semasa Empayar Uthmaniyyah.[3]

Pengaruh pada porselin Eropah

Pengaruh awal

Pasu alla porcelana, Cafaggiolo, Itali, 1520.

Tembikar biru-putih China ditiru di Eropah sejak abad ke-16, dengan teknik biru-putih faience yang disebut alla porcelana. Selepas itu, percubaan pertama untuk meniru bahan porselin biru-putih China dibuat dengan porselin Medici. Hasil-hasil tembikar awal nampaknya mengaduk pengaruh daripada tembikar biru putih Islam dan China sekali.[10]

Tiruan China secara langsung

Maklumat terperinci: Porselin Perancis
Porselin Kangxi dengan hiasan perak Perancis, 1717-1722.

Pada awal abad ke-17, porselin biru putih China dieksport terus ke Eropah. Pada abad ke-17 dan 18, porselin biru putih Timur sangat dihargai di Eropah dan Amerika, dan kadang-kadang diserikan dengan pelekap emas dan perak yang halus, dan menjadi pilihan koleksi para raja.

Tembikar Delft Belanda menggambarkan latar China, abad ke-18. Musée Ernest Cognacq.Faience Biru dan putih dengan latar China, kilang Nevers, Perancis, 1680-1700.

Pembuatan porselin Eropah bermula di Meissen, Jerman pada tahun 1707. Rahsia terperinci dari teknik porselin pes keras China dihantar ke Eropah melalui usaha Paderi Jesuit, Francois Xavier d'Entrecolles antara 1712 dan 1722.[11]


Hasil tembikar terawal amat dipengaruhi oleh porselin China dan negara Timur yang lain. Salah satu corak yang terawal ialah "bawang biru", yang masih dalam pengeluaran di kilang Meissen pada masa kini. Tahap pertama porselin Perancis juga sangat dipengaruhi oleh rekabentuk China. Hasil porselin Inggeris terawal juga dipengaruhi oleh tembikar China. Misalnya, ketika pengeluaran porselin bermula di Worcester, hampir empat puluh tahun selepas Meissen, barang biru dan putih Oriental memberikan inspirasi bagi banyak hiasan yang digunakan. Tembikar yang dicat tangan dan dicetak pindah dibuat di Worcester dan kilang-kilang lain mengikut gaya yang dikenali sebagai Chinoiserie. Banyak kilang-kilang Eropah yang lain mengikuti trend ini. Di Delft, Belanda seramik biru putih meminjam reka hias dari porselin eksport China yang dibuat untuk pasaran Belanda secara besar-besaran sepanjang abad ke-17. Tembikar Delft biru putih itu sendiri ditiru secara meluas oleh kilang-kilang di negara-negara Eropah yang lain, termasuk England, di mana ia dikenali sebagai Tembikar Delft Inggeris.


Rujukan

WikiPedia: Porselin biru putih http://www.chinaonlinemuseum.com/ceramics-blue-and... http://www.encyclopedia.com/topic/porcelain.aspx http://books.google.com/books?id=MypbfKdMePIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=NGw8DUuNywYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=QQAVYr2Lc-YC&pg=P... http://books.google.com/books?id=VkwuTyHu60YC&pg=P... http://www.koh-antique.com/lyc/belitung_shipwreck.... http://underglazedblue.com http://idlethink.wordpress.com/2009/07/14/curating... http://www.metmuseum.org/works_of_art/collection_d...